vitamama

vitamama

PENGURUSAN SUSU IBU SEMUDAH 1,2,3



Jemputlah ke page saya 
www.facebook.com/vitamamashop

Syukur Alhamdulillah…ucap utama yg perlu saya tuturkan kerana hanya dengan izin dan rahmatnya semua berjalan lancar walaupun telah saya tempuh begitu banyak cabaran dan pancaroba dalam misi menyusukan bayi pertama saya dengan susu ibu sepenuhnya sekalipun saya wanita bekerja..

CABARAN

Iya, dalam tempoh penyusuan  selama 2 tahun 2 bulan banyak cabaran&dugaan telah pun saya tempuh..antaranya, sokongan ibu/orang tua2 semasa berada dalam pantang.. mujur sudah saya lengkapkan diri dengan ilmu2 penyusuan sejak bayi di dalam kandungan lagi..ilmu2 yang saya kutip dari pengalaman rakan-rakan, juga saya kutip melalui pakar nutrisi di klinik membuat saya sangat kuat menepis semua mitos & ajaran lama yang kebanyakan silap , malah saya juga berani membetulkan kesilapan ketika mereka bersuara..sifat tegas saya mampu membuat mereka mengalah , sebab kebanyakan ibu2 yg pada mulanya berniat menyusukan anak sepenuhnya terutama ketika 6bulan pertama bayi tewas di tangan ibu sendiri/ibu mertua/orang tua2…
Ini amalan saya sehingga kini

Kata orang2 tua(mitos) Vs Fakta sebenar..

Mitos #1: Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Fakta #1: Payudara ibu memang akan bertambah saiznya sepanjang 9 bulan kehamilan (kerana proses mamogenesis –pembentukan kelenjar mamari untuk persediaan menghasilkan susu apabila bayi lahir kelak). Jika ibu tidak menyusukan bayinya selepas bayi lahir, saiz payudara ibu akan menurun dengan cepat dan drastik manakala saiz payudara ibu yang menyusukan bayinya akan menurun secara perlahan-lahan.

Mitos #2: Bayi asyik “melekat” dengan ibu.

Fakta #2: Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.

Mitos #3: Susu ibu tidak sesedap susu formula.

Fakta #3: Sedap bukan ukuran kualiti makanan berkhasiat. Banyak makanan “sedap” mengundang masalah kesihatan. Susu ibu mengandungi banyak nutrien. Kandungan gula dalam susu ibu 6.8 g berbanding hanya 4.8 g dalam susu formula. Tetapi gula di dalam susu ibu adalah gula ringkas yang lebih mudah dicerna dan diserap oleh usus bayi berbanding gula kompleks yang terkandung di dalam susu formula. Oleh itu bayi mendapat nutrien lebih mudah daripada susu ibu. Lagipun, bayi belum kenal erti sedap, jika susu ibu yg pernah dirasa sejak dari celik mata di dunia, itulah yg dia rasa sedap sebab dia tidak pernah diberi pilihan.

Mitos #4: Susu formula mengandungi pelbagai nutrien.

Fakta #4: Terpengaruh dengan iklan susu formula di media yang mewar-warkan “khasiat dan nutrien” yang terkandung di dalam susu formula. Hakikatnya susu ibu mengandungi lebih 300 nutrien dan sebahagiannya belum dapat dikenalpasti oleh para saintis. Malah susu ibu mengandungi antibodi, enzim dan protein yang tidak mungkin dapat ditiru oleh mana-mana susu formula di dunia.

Mitos #5: Payudara kecil, susu kurang.
Fakta #5: Semua ibu secara semula jadinya boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya. Saiz payudara tidak mencerminkan saiz kelenjar mamari kerana mungkin saja saiz yang besar disebabkan kapasiti lemak yang tinggi. Kelenjar mamari aktif sekiranya ia diaktifkan dengan cara yg betul seperti pemakanan dan kekerapan memberi bayi menyusu secara langsung/ kerap mengepam.

Mitos #6: Kolostrum(susu kuning yg mula keluar pada hari pertama bayi dilahirkan) adalah susu kotor, nanah daripada payudara.

Fakta #6: Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat, tidak menyerupai susu matang yang cair. Kolostrum hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling baik untuk bayi. Susu formula tidak dapat meniru kolostrum susu ibu. Kolostrum yang dijual di pasaran adalah ekstrak kolostrum susu lembu tetapi tidak sesuai untuk bayi.

Mitos #7: Ibu menyusu tidak boleh minum/makan makanan sejuk, ibu menyusu perlu waspada pengambilan makanan.

Fakta #7: Ibu menyusu (malah semua orang sebenarnya) perlu menjaga pemakanan dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Makan secara sederhana dan mengikut keperluan badan. Bagi ibu menyusu yang gemarkan minuman berkafein (kopi), ibu boleh minum kopi sebaik sahaja selepas menyusu. Rasionalnya ialah kafein dalam kopi telah selesai dicernakan, dicairkan dan dikumuhkan apabila tiba masa penyusuan seterusnya iaitu 2 jam kemudian. Oleh itu kepekatan kafein dalam darah sudah menurun. Kaedah ini juga boleh dipraktikkan bagi ibu yang perlu mengambil ubat-ubatan tertentu.

Mitos #8: Susu ibu terlalu cair (banyak air).

Fakta #8: Jika susu ibu yang diperah ke dalam botol diletakkan di atas meja seketika, kita akan dapat melihat susu ibu itu menjadi 3 lapisan iaitu warna keruh cair di lapisan paling bawah diikuti susu kekuningan di tengah dan susu putih pekat lemak berkrim di lapisan paling atas. Tetapi keadaan adalah sebaliknya bagi susu formula, lapisan cair paling atas manakala lapisan pekat di bawah (lemak berketumpatan tinggi). Bagi susu ibu, 80% kandungan adalah air. Susu ibu terdiri daripada susu awal (foremilk) untuk menghilangkan dahaga dan susu akhir (hindmilk) untuk mengenyangkan bayi. Naluri semulajadi manusia minum kerana dahaga, maka itulah yang diberi oleh ibu terlebih dahulu kepada bayinya melalui susu awal (foremilk) yang mengandungi lebih air dan laktosa. Kemudian barulah susu akhir yang pekat (kandungan lemak tinggi) yang akan mengenyangkannya.

Mitos #9: Puting susu ibu perlu dicuci sebelum menyusukan bayi.

Fakta #9: Puting payudara ibu bersifat antibakteria. Kajian yang dijalankan untuk melihat reaksi bayi pada sentuhan pertama kulit ke kulit (1 jam pertama selepas kelahiran) menunjukkan kecenderungan bayi untuk memilih puting susu ibu yang tidak dicuci berbanding puting susu ibu yang telah dicuci kerana bau semulajadi ibu lebih menarik bayi. Bintil- bintil kecil di sekeliling payudara mengandungi bahan pelincir (sebum) yang bersifat antibakteria. Mencuci payudara memadai dengan mandi seperti biasa 2 kali sehari, tidak perlu mencuci dengan sabun, bahan pencuci seperti Dettol dan sebagainya.
Tunaikan hak seorang anak, sebelum kita mintak hak sebagai ibu ditunaikan kelak

Mitos #10: Penyusuan ibu mengambil nutrien daripada ibu. Ibu perlu makan lebih.

Fakta #10: Nutrien dalam susu ibu bergantung kepada nutrisi ibu. Oleh itu ibu yang menyusu (dan sesiapa sahaja sebenarnya) perlu mengambil nutrisi seimbang untuk mengoptimumkan kesihatannya. Ibu boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang betul dan sentiasa awasi jika terdapat tanda-tanda alahan kepada bayi, maka ibu harus waspada dengan pengambilan makanannya. Risiko osteoporosis di kalangan ibu-ibu menyusu lebih rendah berbanding wanita yang tidak menyusu.

Mitos #11 : Bayi perlu diberi air masak kerana susu ibu tidak mencukupi
Fakta# 11 : 6 bulan pertama bayi perlu disusukan secara ekslusif iaitu tiada bendasing lain yg boleh masuk ke dalam badannya sekalipun seteguk air masak. Jika air masak diberi pada ketika ini….

1) MENGHILANGKAN FUNGSI SUSU IBU

Untuk makluman semua, susu ibu sebenarnya terdiri daripada 88% air. Susu ibu itu sendiri akan membentuk satu lapisan yang memberikan perlindungan kepada bayi di dalam ususnya, dan tanpa kita sedari, dengan memberikan air masak tambahan pula secara berlebihan, akan mengakibatkan lapisan yang terbentuk itu akan 'terurai' atau di singkirkan
2) PENCEMARAN

Perut seorang bayi adalah sangat fragile dan rapuh.Oleh itu, kita harus berhati2 dengan sebarang bentuk benda atau cecair yang di berikan kepada mereka. Malahan, kerana itulah, bagi seorang bayi yang menyusu dengan menggunakan botol, peralatan dan alat2 penyusuan itu haruslah dalam keadaan sterelize atau bersih bagi menjamin agar ianya benar2 bebas dr sebarang kemungkinan buruk.

Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.

Ini berbeza dengan pemberian susu ibu. Susu ibu itu mengandungi anti bacteria properties yang mana ia berfungsi dalam mengawal dari bakteria membiak di dalam susu ibu. Malahan, bagi seorang bayi yang menyusu secara direct feeding, sudah tentu pencemaran ini dapat di elakkan secara azali.

3) KESAN KEPADA TUMBESARAN BAYI

Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.


4) MITOS BERKAITAN JAUNDIS(KUNING)

Sebenarnya, Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung
atau sawan tarik. Oleh itu, teori pemberian air masak kepada baby jaundis adalah tidak benar sama sekali. 
Nota: Jaundis hanya boleh di rawat dengan 3 kaedah :-

a) Susukan bayi dengan susu ibu sekerap mungkin.
Bayi yang mendapat susu ibu yang cukup dapat membantu mempercepatkan proses menyahkan bilirubin menerusi pembuangan air besar atau air kecil.
b) Phototherapy (Terapi Lampu)
Sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

c) Exchange Transfusion (ET)
Satu rawatan yang mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam.

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu

1) Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih & bertutup ( saya guna plastik kat bawah ni,kalau abes stok sy pakai bekas dadih,boleh pakai semula,jimat)


2) Tulis Tarikh mengepam &Tarikh luput perahan di setiap bekas simpanan susu (kira sampai 3bulan , utk peti ais dua pintu,susu mesti letak atas,jadi susu beku)


3) Simpan susu ibu :
-Peti Sejuk beku - tahan 3 bulan ( pintu ais dua pintu)
-Rak pertama bawah freezer - tahan 72 jam
-Suhu bilik - tahan 4 jam


4)Susu ibu tidak boleh dimasak.


5)Untuk cairkan susu beku, rendam susu beku di dalam air paip suhu biasa,cuma tinggalkannya dan buatlah keje anda yang lain, bila dah cair boleh masukkan dlm storage bottle utk dihantar kepada pengasuh,simpan di peti ais bahagian bawah.

6)Kalau pengasuh tidak ada warmer (saya tak pernah ada warmer) cuma Panaskan dengan merendam bekas susu kedalam air suam..tinggalkan selama 3 minit..susu dh suam2 boleh bagi baby.

6)Baki susu perahan yang dipanaskan tidak boleh disimpan semula.



Ni storage bottle , boleh beli di kedai baby..tudung putih tu boleh ganti dengan puting..so sediakan at least 4-5 botol yang sudah diisi dengan susu yang dicairkan di step ke 5 di atas..
Letakkan di dalam peti ais pengasuh / tempat taska anak anda
pengasuh cuma akan gantikan penutup botol tu dengan puting yang anda sediakan
MUDAH KAN?
JANGAN LUPA BERITAHU CARA MEMANASKAN SUSU KEPADANYA..
Kebanyakan pengasuh/ tempat taska sudah biasa dengan prosedur ini sekarang
kerana sudah ramai ibu yang sedar tentang kepentingan susu ibu
kepada anak mereka.. 


susu badan
SUSU PERAHAN YANG TELAH DILABEL TARIKH MENGEPAM &TARIKH LUPUT


susu ibu
PENYIMPANAN DI RAK ATAS PETI AIS DUA PINTU ( TAHAN 3 BULAN)
pam susu murah
PAM SUSU SNOW BEAR , CUMA RM199 (INC POSTAGE) MURAH,BERBALOI..KECIK
MUDAH DIBAWA, TAK BISING..DAPATKAN DI 
SEKARANG !!
di www.facebook.com/vitamamashop


ICE BOX KECIL YG SAYA BAWA KE TEMPAT KERJA SELEPAS MENGEPAM SIMPAN SUSU  DALAM BUNGKUS PLASTIK BESERTA AIS BATU YG DIBEKUKAN DI DALAM BEKAS/PLASTIK UTK PASTIKAN SUHU SEJUK SEBELUM SAMPAI KE RUMAH ( SUSU TAHAN 8JAM)
SUSU YANG DIPAM MENGGUNAKAN PAM SNOW BEAR,KECIL MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA
SAMBIL LAYAN FB BOLEH MENGEPAM..NO EXCUSES!


PLASTIK SIMPAN SUSU, MURAH,BANYAK (100PIECES), MUDAH..

IBRAHIM HANEEF  BERUSIA 6 BULAN KETIKA INI YANG MENGAMBIL SUSU IBU SECARA EKSLUSIF 
INI KETIKA SETAHUN 1 BULAN &MASIH  MENGAMBIL SUSU IBU..ALHAMDULILLAH..







2 comments:

  1. salam.. mane nk cari storage bag tu? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, storage bag ni suatu ketika dulu sangat laris..sampai sekarang dah tak restock lagi..terpaksa lah beli storage bag di kedai2 baby tapi agak mahal..yang di dalam gambar di atas memang murah sebab 100pcs..

      Delete