vitamama

vitamama

26 March, 2014

Shaklee dan Tiroid

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa itu Tiroid?
Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Sel-sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4. Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dan sebagainya.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu sistem yang kompleks.
TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus.
TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH.
TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.

Siapa yang BERISIKO?
Nak tahu lebih lanjut? Meh klik.



ORANG YANG BERISIKO MENDAPAT PENYAKIT TIROID

  • Perempuan
  • Genetik
  • Menghidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
  • Usia lebih 60 Tahun
  • Merokok

JENIS PENYAKIT TIROID

Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama: 1.Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan Thyroiditis (tiroid bengkak). biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:

  • Bengkak di leher
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • bad mood
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah.
  • Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut rontok
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah
2.Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism

  • Badan rasa lemah
  • Daya ingatan menurun
  • Hilang indera rasa dan bau
  • Kadar pengepaman jantung perlahan
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat
  • Kulit kering
  • Masalah kesuburan
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi)
  • Muscle cramp dan bengkak
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) Pendarahan haid banyak (heavy period)
  • Percakapan lambat
  • Pertambahan berat badan
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk
  • Rendah nafsu seks
  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Suara menjadi serak
  • Tak tahan sejuk

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE MEMBANTU


Untuk hypertiroidisme.
ESP
- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid
** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kurang hormon tiroid)
Untuk hypotiroidisme.

VITA-LEA IRON FORMULA
- multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hipotiroidisme iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypotiroidisme)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar thyroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)

VITA-E COMPLEX
- kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hipotiroidisme ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hipotiroidisme mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


29 October, 2013

Testimoni Terbaik !!

Syukur ditemukan dengan Shaklee yang membawa jauh tanggapan saya terhadap dunia MLM, Sistem pyramid dsb. Buktinya income saya sendiri jauh lebih besar daripada upline saya..Alhamdulillah..semua nya perlu tekad dan usaha di samping niat yang betul..Insya allah Allah redha..

Dalam bidang ini, saya perlu sangat2 rajin menelaah & membuat ulangkaji supaya dapat meningkatkan ilmu nutrisi agar dapat memberi konsultasi yang baik kepada pelanggan. Antara blog yang saya kagumi adalah Dr Malinda, saya suka mentaliti doktor yang macam ni..lebih terbuka dan tidak taksub dengan karier nya sebagai doktor jauh sekali merasa bongkak & mendabik dada dengan ilmu kedoktorannya..

Jom baca yer...  ^_^ 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

 KENAPA SHAKLEE ?


Assalamualaikum untuk anda yang dirahmati Allah.


Kerapkali saya menerima inbox yang bertanya kenapa saya mencadangkan atau mengesyorkan produk Shaklee. 

Tidak kurang juga yang melamar untuk pelbagai produk pemakanan yang lain. 

Selalu juga orang bertanya, Doktor buat Shaklee ke?

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya. 

September 2004 ~ 9 tahun lepas.

Saya rasa buntu dengan keadaan suami yang menghidap migraine yang sangat kronik. Hampir setiap minggu, pasti ada attack sehingga tahap menghantuk-hantuk kepala ke dinding. 

Pelbagai ubat tahan sakit dah saya beri, dari yang biasa-biasa, sampailah yang paling kuat. Sama je. Habis ubat tahan sakit, sakit la semula. In a process untuk dapatkan Ct-brain appointment. Takut juga ada ketumbuhan, etc.. Nauzubillah.

As a doctor, banyak pesakit saya yang ‘bocor’ usus disebabkan terlalu banyak makan ubat tahan sakit. Yang menderita kegagalan buah pinggang pun tak kurang banyaknya. 

So, saya dah boleh jangka, jika keadaan berterusan begini, risiko untuk suami menjadi sebahagian dari statistik sangat tinggi. NO! Saya tak sanggup. Sudahlah arwah ayah dulu.

Saya mula mencari alternatif kepada rawatan dan mula mencari jawapan melalui kekuatan nutrisi. Mula menjinak-jinakkan diri ke farmasi untuk mencari supplement. Walaupun tahu kebanyakkan di farmasi adalah ‘chemical based’ tetapi, tidak banyak pilihan ketika itu. 

Allah Maha Mendengar.

Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon di satu petang, ada pula rakan sekolah lama ingin datang ziarah ke rumah. Benarlah kata orang, tetamu datang membawa rezeki.  Tapi rezeki kali ini ~ Satu hadiah yang mula-mula saya nak tolak juga, almaklumlah.. Bila dengar melalui MLM, ada juga rasa nak lari.. hihi

Tapi, saya sentiasa bersikap terbuka. 

Walaupun bergelar doktor perubatan, tak semestinya kita tahu semua. Saya buang ego sebagai seorang doktor. Berapa banyak la subjek nutrisi di ajar masa di sekolah perubatan dulu, kurang dari 5% rasanya. Kalu ubat memang banyak la. 

Tapi, ilmu Allah tu luas. Apa yang kita tak tahu, tak semestinya tak bagus. Betul ke Betul? 

Jangan perlekeh pengetahuan insan lain.  

Macam payung terjun, kena terbuka luas baru berfungsi dengan baik, sama juga dengan minda kita. Kalu tertutup taksub, kita akan banyak hilang peluang yang Allah berikan.

Walaubagaimanapun, orang yang dah biasa menggunakan otak kiri - masih akan mencari fakta. Clinical studies.

Saya mula mencari fakta-fakta sains dan ujian klinikal ke atas produk-produk Shaklee. Bimbang jugak jika ada steroid etc. 


Alhamdulillah, semua pembacaan dan kajian sendiri saya menunjukkan jawapan yang positif terhadap produk Shaklee. Bukan senang nak percaya. Biasanya doktor mmg dilatih utk melihat evidence based medicine. 


Shaklee mempunyai banyak back-up science studies.



So, saya lebih confident dan saya dibukakan hati  untuk seterusnya menggunakan produk Shaklee, of course, specially for my beloved hubby. Antara produk awal yang dia makan malam tu – ESP, Bco, Vita C, Vitalea + Calsium. 

Pukul 3 pagi, tiba-tiba dia bangun sakit perut, cirit birit. Wah.. Risau jugak, keracunan ke apa ni? Shaklee ‘Natural based’, produk sejak tahun 1915, takkan la keracunan kot.. Confirm toksik banyak dan healing crisis ni, that was my thought.

Tapi , dengan kuasa diktator sebagai menteri kesihatan di rumah..hihi.. Saya paksa dia untuk teruskan pengambilan supplement tersebut. Suprisingly, selepas seminggu, tak ada migraine attack. 

Lepas 2 minggu pun tak ada.  Siap tunggu attack lagi dan ada pernah sekali, cuba kenakan hujan di kepala. Selalunya kalu kena hujan, sure tumbang, tapi Alhamdulillah. It really works.

Ok, gembira dengan testimoni pertama saya yang menunjukkan hasil positif.

Saya beralih  ke mak saya pula – Gastrik yang sangat teruk, almost setiap bulan kena. Pantang salah makan sikit, terus sakit perut, muntah-muntuh, cirit birit dan flat untuk sehari dua. 

Bertangguh nak buat scope sbb kesian sangat nak tengok mak saya di masukkan ‘wayar hitam berkamera’ tu kat mulut.. huhu. Ubat gastric dah macam-macam la. Kalu setakat ubat biasa dah tak jalan. 



Saya just bagi mak saya masa tu – ESP, Alfalfa, Zinc + Beta carotene. 

She shown tremendous improvement within one month. Mula-mula macam tak percaya. Tak kan la supplement lagi power dari ubat. Kalu cam tu, kenapa tak ajar masa kat medical school dulu? Kenapa government tak supply? 

Tapi, bila saya membaca lebih lanjut– saya dapat jawapan. 

Badan kita adalah satu mesin kompleks yang istimewa yang Allah ciptakan. 

Beri dia nutrisi atau zat yang diperlukan, dia tahu untuk ‘repair’ sendiri. 

Body Healing Mechanism. Subhanallah.

Saya terfikir, jika suami dan mak saya mendapat kebaikan dari produk Shaklee. Kenapa tidak saya berkongsi dengan keluarga, rakan-rakan dan pesakit saya. 

Then, bermulalah sessi sharing saya yang membawa kepada pelbagai tanggapan negative keluarga, kawan-kawan etc etc..

Pelbagai reaksi saya terima ..

Supplement? Rubbish! Just an expensive urine!

Dah tak cukup duit ke jadi doktor sampai nak buat Shaklee?

Shaklee mahal. Nak cepat kaya la tu.

Doktor mana boleh berniaga. Langgar etika.

Desperate sangat ke?

Boleh. Doktor kalu jual tahi bungkus cantik-cantik pun orang beli.

Itu tak termasuk panas telinga bila kawan-kawan perli.

Orang kaya la. Jutawan la. Saya amin kan saja doa-doa itu.



This is what I get, 9 years ago. Sinis. Pedih. Sedih. Hanya Allah je yang tahu.

Hippocrates Oath kata : DO NO HARM. Itu yang saya pegang.

Saya tak jual ubat batuk haram di klinik.
Saya tak ada jual ubat tidur. 
Saya tak tambah apa-apa dadah yang membahayakan diri. 
Saya tak bantu siapa-siapa gugurkan anak melalui produk. 

Saya hanya berkongsi nutrisi, pemakanan yang sel kita perlukan. 

Itu yang menjadi pegangan saya. Tak perlu rasa bersalah. Itu yang menjadi visi dan misi saya bahawa satu hari nanti, pasti ramai yang sedar kepentingan pemakanan tambahan dalam kehidupan dunia sekarang.

Ini yang menyuntik semangat saya untuk mendalami ‘Preventive Medicine’. Biar agak lari dari mainstream medicine, tapi saya tahu saya ada misi dan visi saya sendiri. 

Walaupun dibesarkan dalam keluarga bussiness minded - Mak dan arwah ayah mmg nak jadi jadi bisnesswoman, tapi sy berkeras nak jadi doktor. Jiwa sains kata saya..hihi. Tapi rupa-rupanya darah bisness memang ada sedikit sebanyak. Saya juga tengok lifestyle orang berniaga. Masa urus sendir. Tak de punch in dan punch out. Bebas!


Saya mula berkongsi dengan ramai orang. Bila kita berkongsi kebaikan, kita juga akan dapat kebaikan. Buat baik kan dapat pahala. By sharing, kita dapat Cash, Car dan Convention bonus dari company Shaklee. Tak apa, kalu kita nak tolak pun boleh, tapi dah company nak bagi.. Rezeki jangan di tolak. 

Apa yang saya perhatikan. Ramai orang datang dan pergi bila buat bisnes Shaklee. 

Tapi saya di sini bukan sekadar untuk Duit, Kereta atau Pelancongan percuma sahaja. Alhamdulillah, 5 figure income, 2 kali bonus kereta dan pelancongan ke luar negara dah banyak kali kami rasa tapi bukan itu sahaja matlamatnya.

Bukan itu matlamat saya. Ada banyak perkara yang lebih besar dari itu. 

Saya tidak mahu anda semua memenuhi katil-katil di hospital. 


Biar tak ramai pesakit. Biar semua orang sihat. Biar kawan-kawan doktor saya di hospital boleh rehat sedikit. Health is Wealth!

Selain kesihatan. Kekuatan ‘Emotional Intelligence’  banyak yang kami dapat melalui bisnes Shaklee. 

Ni gambar kami masa 2004 - tak sangka, hanya seronok berkongsi kekuatan nutrisi shaklee, ter'buat' bisness pulak.. hihi. Tetapi, itu lah keputusan yang terbaik saya telah lakukan. Meskipun banyak cabaran dalam perniagaan ini, sangat berbaloi.


Syukur. Kini saya sedar, Allah has a good plan for us dan Shaklee adalah platform untuk dia mengasah kekuatan jiwa kami. Dia ada plan untuk kami. Feeling Blessed.



Pergantungan pada Allah semakin akrab. Melayan pelbagai karenah manusia, mematangkan kami dalam komunikasi kemanusiaan. 

Banyak perkara ini saya tak dapat dalam dunia pekerjaan. Setiap bulan ada gaji, rasa sangat selamat. 

Bersyukur tetapi ada sesuatu yang kurang dan kosong dalam diri. 

Kebebasan membuat apa yang saya suka!. 

Terlalu sibuk jaga orang sakit, kadang-kadang anak sendiri sakit, bibik yang jaga sebab tak dapat cuti. Masa di rumah terhad. 8 jam dah tentu di tempat kerja. Tak nampak anak depan mata. Sebagai ibu, syurga kita adalah bila sentiasa bersama anak-anak. Dan itulah impian saya. Spending more time with them.

Itu semua pengalaman yang saya kutip 9 tahun lepas. Sangat mematangkan kami. Hidup sekali je, kenapa perlu stress hari-hari. Betul ke Betul? 

Alhamdulillah, Things changed now! Dulu susah nak tengok orang sekulit dengan kita makan supplement. Sekarang ni bila buka fb – ramai yang dah mula share produk-produk Shaklee. Pada saya itu menunjukkan kesedaran tentang kepentingan supplements dalam kehidupan sekarang. 

Saya gembira bila melihat ramai prihatin terhadap kesihatan sendiri. Cuma apa yang saya perhatikan, jangan terlalu mengejar UV. Bila niat kita lebih ikhlas, perkongsian akan jadi lebih manis. Rezeki Allah seperti udara. Cukup untuk semua orang. Hidup lebih tenang.



Shaklee has changed my life since 2004.

It changed our health.
It changed our thinking. 
It change our maturity.

For me, it is not just health or products, but a gift of new opportunity to a new life. 

Kepada anda yang prihatin untuk menggunakan supplement - Shaklee adalah  pilihan yang anda boleh fikirkan secara serius.


Kepada anda yang ingin memulakan perniagaan Shaklee. Kami di Future Wellness Presidential Master group bersedia untuk berkongsi pengalaman jatuh bangun kami dalam perniagaan shaklee.


In shaa Allah, training dan support system yang dapat membantu anda untuk melakar kejayaan dalam perniagaan.


Sebagai Master Coordinator yang telah membantu ramai insan diluar sana. Tiba masanya kami memberi dan membantu lebih ramai insan untuk mendapatkan bimbingan yang lebih baik dalam bidang perniagaan dan agar tidak di tipu dan dianiaya. Agar tidak menjadi 'mangsa' penipuan syarikat MLM yang tidak bertanggungjawab.


Jika ada Ilmu, Informasi dan Mentor yang betul, kami pasti segala impian anda untuk Lebih Sihat, Bebas masalah kewangan dan mempunyai gaya hidup yang diimpikan pasti menjadi kenyataan. In shaa Allah. Hidup bebas tanpa Bos! 


Saya ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki tahap kesihatan mereka, ingin memulakan perniagaan Shaklee dan ingin membina lebih banyak kejayaan mereka, saya sedang mencari 7 orang yang inginkan perundingan 100% PERCUMA dari saya.
--------------------------------------------------------------------------------------------

testimoni shaklee


27 October, 2013

5 FAKTA NAK PERCAYA ATAU TAK?

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! 
Apa bendanya karsinogen tu? 
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


satay warisan


2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.



resipi sambal udang

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.


syampu bahaya


4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.


resipi maggi spesel


5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.



bawang goreng straw





CREDIT TO : http://pemaniskata.blogspot.com

21 October, 2013

Atasi Loya Dengan Selamat&Sihat


Peppermint-Ginger Plus merupakan supplement yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk penghadaman. Peppermint Ginger Shaklee ini dapat membantu mengurangkan risiko masalah penghadaman. Peppermint Ginger mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya.

**Apakah 4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee?

Apakah Khasiat herba tersebut?

1. DAUN PUDINA
❁ Membantu dalam proses penghadaman
❁ Membantu mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness
❁ Membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit
❁ Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi (muntah, hilang selera makan)
❁ Merangsang pengeluaran peluh - mengurangkan risiko demam akibat selsema
❁ Membantu menajamkan pemikiran agar lebih fokus
2. HALIA
❁ Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
❁ Melegakan sakit perut
❁ Mengurangkan sakit senggugut
❁ Membantu mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss
❁ Mengurangkan rasa loya dan ingin muntah selepas pembedahan
3. FENNAL (POKOK ADAS)
❁ Membantu menghilangkan kembung perut
❁ Melegakan kesakitan perut
❁ Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus
4. CEKUR MANIS (ANISE)
❁ Melegakan masalah pencernaan
❁ Mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut
❁ Merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan
❁ Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan




14 October, 2013

Vitamin Harga bajet : Kesihatan anugerah yang tidak boleh dijual beli.

NAK TAU HARGA???
SMS.CALL.WHATSAPP 014-237 5034
SID : UM MAISARAH ASMARA


SIAPA KATA SHAKLEE MAHAL??

Erm...dulu bila sebut ja shaklee, terus keluar perkataan mahal dari mulut, tapi sekarang tak lagi sebab dulu orang tak nak tanya dulu, tup2 cakap mahal kan..sekarang orang tak tanya harga dah, terus cakap nak beli alfalfa lah..tengoklah ada 330 tablet boleh guna 3-4bulan, dengan harga kurang dari rm50, mahal ke?? taklah!!

KHASIAT VITALEA

Multivitamin Terbaik Adalah Vitalea Shaklee

Multivitamin menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 

Memilih multivitamin terbaik menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.


Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
   radikal bebas

2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
   tulang

2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf

2 kali lebih Beta karotenauntuk membentuk 
   vitamin A yang lebih biopotent

3 kali lebih selenium untuk melindungi 
   paru-paru, kolon dan prostat

3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
   proses pembinaan tulang

6 kali lebih boron untuk menyokong 
   kesihatan tulang

10 kali lebih Biotin yang menyokong 
   proses pengeluaran tenaga


KHASIAT LECITHIN


  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol,triglycerides dan lemak2 yg lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure,stroke,heart disease, arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini
  • Kenapa org yang nak kurus suke lecitin?Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye..ianya memecahkan lemak)..Tahukah anda..Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian… Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia daripersekitaran yg tercemar,bahan2 metal,dadah,food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecitin ,pasti ianya keputusan yg bijak.,
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  • Lecitin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil lecitin
  • Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria.Disamping itu, struktur lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf.Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . Lecitin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..
  • Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi .Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi,hay fever,asma,bronkitis dan emphysema
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint(sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat..cantik berkilat,kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine, .Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  • Lecithin, bersama unsur2lain digunakan utk membuat BILE.. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan


  • KHASIAT ALFALFA


    Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

    Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
    Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
    Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
    Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
    Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
    Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

    MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:
    Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
    Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
    Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
    Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
    Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
    Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
    Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

    Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:
    Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu
    Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
    Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

    AWAS!!!!

    Tidak semua alfalfa adalah sama,alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

    KHASIAT ZINC 
    Apa itu zinc

    Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan peranan dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

    Kelebihan Zinc Shaklee

    1. Dirumus dari gabungan zinc glukonat semulajadi dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium & serbuk alfalfa untuk hasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.
    2. Sesuai untuk pengambilan jangka panjang
    3. Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium & plumbum dari tubuh

    Antara Fungsi Zinc ialah:

    1. PENJAGAAN KULIT
    Kajian menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan turut berkuasa daripada penggunaan ubat-ubatan antibiotik.

    2. PENYEMBUHAN LUKA
    Kekurangan Zinc menyebabkan luka lambat sembuh. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zinc. Zinc menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

    3. KESIHATAN PROSTAT (kelenjar dalam system repoduksi lelaki)
    Zinc sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan Zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser. Pengambilan Zinc amatlah perlu dalam mencegah kanser prostat. Zinc juga penting bagi penghasilan sperma yg sihat, berkualiti dan amat penting bagi pasangan yang inginkan cahaya mata.

    4. BOTAK
    Botak ialah kehilangan rambut bagi semua golongan. Pengambilan diet yang mengandungi Zinc amat diperlukan untuk mencegah masalah ini. Pakar Rambut dari Yun Nam Hair Care turut menyarankan mereka yang bermasalah rambut memperbanyakkan pengambilan ‘Peanut Butter’ kerana kaya dengan Zinc.

    5. PEMBIAKAN
    Bagi kaum lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks.
    Bagi kaum wanita, ia membantu dalam fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

    6. EKZEMA
    Ekzema juga dikenali sebagai ‘dermatis atopik’ iaitu gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia berlaku akibat kekurangan zink dalam badan.
    Zink memainkan peranan penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan sembuh dengan sempurna.

    7. JERAWAT
    Zinc adalah penting dalam memadamkan jerawat daripad kulit.
    Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat.
    Zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

    8. FUNGSI BIOLOGI
    Zinc berperanan dalam banyak fungsi biologi seperti kawalan penyakit kencing manis, tahap strees, rintangan imun, bau dan rasa, pertubuhan fizikal, selera makan, pembiakan dan penghadaman.

    9. JANGKITAN
    Zinc memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu menggalakkan pertumbuhan janin.
    Zinc membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru.

    10. ANTIOKSIDAN
    Zinc bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisma karbohidrat.

    11. ATURAN ENZIM
    Zinc merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan Zinc.

    12. KELESUAN KRONIK
    Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan. TETAPI dalam keadaan sekarang, meminum minyak ikan adalah sukar. Melalui Zinc Complex Shaklee, pengambilan secara tablet amat memudahkan. Doktor dan pakar perubatan hanya menyarankan Zinc untuk mencegah keletihan kronik.

    13. KEHILANGAN TULANG
    Ini terjadi apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zinc adalah komponen hydroxypatite iaitu garam dan membuatkan matriks tulang menjadi kuat dank keras.

    14. BUTA MALAM
    Pengambilan Zink akan memperbaiki penglihatan. Kita sentiasa dinasihatkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan Zinc seperti daging lembu, kambing, ketam, dan tiram.

    15. MENGANDUNG
    Zinc amat penting untuk fungsi DNA dan pembaikian DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.


    Sumber Zinc boleh diperolehi daripada:
    1. Daging
    Tiga oz  daging  menyediakan sekitar 40% atau lebih zinc dari dos harian yang dicadangkan. Daging yang dimaksud termasuk diantaranya adalah daging panggang, dan daging rebus.

    2. Makanan Laut (Seafood)
    Tiram merupakan sumber makanan yang mengandung zinc paling tinggi. Seafood lain menyediakan setidaknya 10 persen per tiga ons termasuk kerang, lobster, ikan, dan daging kepiting.Zinc sering hilang selama proses memasak. Untuk mempertahankan kandungan zinc, masak makanan dengan air sesedikit mungkin dan dalam waktu sesingkat mungkin.

    3. Produk Susu
    Beberapa makanan dari produk susu merupakan sumber zinc yang baik. Delapan ons yogurt dan 1/2 cangkir keju ricotta mengandung setidaknya 10 persen dari jumlah harian yang disarankan.Keju Swiss, keju Gouda, dan susu juga mengandung zinc.

    4. Biji-bijian dan Kacang-kacangan 
    Tepung gandum utuh merupakan sumber zinc yang baik. Cereal kering yang telah difortifikasi biasanya berisi setidaknya 10 persen zinc dari jumlah yang direkomendasikan. Biji Labu, kacang almond, kacang mete, dan biji bunga matahari merupakan sumber zinc yang juga baik.
    Meskipun zinc yang ditemukan di kacang-kacangan tidak seperti yang ditemukan dalam daging, kacang-kacangan masih menyediakan jumlah yang cukup dan merupakan sumber zinc yang penting terutama untuk vegetarian.

    Pilihan sumber zinc yang baik dari kacang-kacangan adalah black eyed peas, kacang lima, kacang pinto, kacang kedelai, tempe, dan tauhu.


    KHASIAT B-COMPLEX

    Vitamin B-Complex ni adalah antara gabungan vitamin kecantikan, yang menjadi kegilaan ramai.. bukan itu sahaja, vitamin B-complex ni, sangat sesuai diambil bersama-sama supplemen untuk weight gain dan supplemen kesuburan. banyak jugakkan kegunaan vitamin B-Complex ni..hehee..
    Sekilas mengenai perbezaan vitamin B-Complex Shaklee
    • Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan yang sangat tinggi dan berkualiti
    • Ini adalah kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.
    • B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% dan asid folik
    • Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin b-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
    • Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh
    • Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui pencernaan.
    • Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari
    • Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast.
    Khasiat utama vitamin B-Complex
    1. Menukar makanan kepada tenaga
    • Membantu penghadaman
    • Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
    2. Melawan tekanan
    • Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
    3. Membantu tumbesaran
    • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak2
    • membantu pembinaan DNA dan sel2 baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
    4. Rambut beruban dan gugur
    • membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban
    • mengekalkan kesihatan rambut
    5. Baik untuk mata
    • mengurangkan masalah keletihan mata
    • mencegah katarak
    • meningkatkan kualiti penglihatan
    • perkasakan memori dan daya pemerhatian serta fokus
    6. Mencegah anemia
    • membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi
    • merangsang sirkulasi darah dalam tubuh
    • merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular
    • merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah2, mabuk darat atau laut
    7. Meredakan senggugut
    • baik untuk masalah senggugut (PMS),
    • meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
    8. Mencegah perlcche
    • dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis)
    • mencegah jangkitan lidah (glossitis)
    • nafas berbau
    9. Detoksifikasi
    • meredakan alahan
    Cara memilih vitamin B-Complex yang terbaik
    • mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
    • harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
    • pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, b3 dan B12 tidak terlalu besar
    • elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)
    Urin kuning selepas mengambil B-Complex Shaklee?
    • ini merupakan situasi normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut dan ia mengandungi elemen kekuningan
    • pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa
    PERHATIAN
    • B-Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan