vitamama

vitamama

27 September, 2013

Rawat Sakit Kepala Tanpa Ubat

rawat sakit kepala tanpa panadol

Simptom:
Kata migrain berasal dari bahasa Yunani yaitu hemicrania (hemi = setengah, cranium = tengkorak kepala). Serangan sakit kepala migrain boleh berlaku beberapa kali setahun sampai beberapa kali seminggu, dengan lama serangan biasanya 1-2 jam. Migrain atau sakit kepala sebelah sebenarnya belum diketahui secara pasti penyebabnya. Namun, dianggarkan jenis sakit kepala ini disebabkan kerana adanya hiperaktifitas impuls elektrik otak yang meningkatkan aliran darah di otak sehingga terjadi pelebaran pembuluh darah otak serta proses inflamasi (luka radang). Ada juga Sakit kepala jenis ketegangan ( tension type headache , atau TTH) cirinya adalah kedua sisi kepala seperti diremas dengan kencang, tapi tidak disertai gejala lain (tidak mual , muntah , sensitif cahaya, dan lain-lain).

Maksudnya memang migrain ni bukan sakit kepala biasa, sangat menggangu fokus harian sebagai ibu&pekerja. Mana tidaknya, selama 2jam tertidur tak tahu apa jadi dengan anak yang tiada siapa pun kawal/selia.
Disebabkan tak mahu menelan panadol atau "pain Killer" , saya memilih cara yang lebih alami, minum air kosong secukupnya, minum air 100plus tanpa gas & mengambil 2 biji omega guard Shaklee.

*Bahaya panadol

omega shaklee

Ini antara rawatan yang boleh juga dicuba :

1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat. 

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim. 

4. Picit/ Urutan kepala Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala. 

5. Meditasi/ Tidur Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman. Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan: 

No comments:

Post a Comment